Gosip Artis Malaysia Terhangat

Izzue Islam Dikongkong Oleh Dua Kakaknya?



Izzue Islam Dikongkong Oleh Dua Kakaknya?


Slot Citra di TV2 sentiasa menjanjikan tayangan telemovie terbaik kepada penonton setia salurannya dengan plot kisah menarik serta kemunculan pelakon kesayangan ramai dan pada 3 Jun depan, pukul 10.00 malam mengambil tempat drama bertajuk “Ya Habibi”. Drama santai membawakan jalan cerita bila mana seorang pemuda cuba lari daripada kongkongan dua orang kakaknya ini menampilkan lakonan berkesan Izzue Islam dengan dibantu oleh Adrea Abdullah, Syatilla Melvin, Shuk Balas, Erin Malek dan Zarina Zainuddin.
Telemovie arahan Haris Kadir ini mengisahkan kehidupan Habib jejaka kacak dan kelihatan sempurna di mata si gadis namun hakikatnya dibelenggu dengan masalah dua orang kakak yang begitu mengongkong dan mengawal rapi kehidupannya sejak dari kecil. Habib, anak bongsu dari 3 beradik dan miliki dua orang kakak. Habib telah dibesarkan oleh kakak-kakaknya sejak kecil setelah kematian kedua orang tuanya.
Izzue dan Erin
Kakak-kakak Habib iaitu Farisya dan Fiona. Farisya merupakan seorang yang garang dan tegas sesuai dengan jawatan sebagai eksekutif syarikat. Fiona pula tak ada apa-apa kemahiran selain suka menjadi batu api dan penyampai mohor-mohor besar (reporter). Dia juga berperwatakan tomboy.
Memandangkan Habib adik tunggal lelaki mereka yang bongsu ditambah lagi dengan amanat orang tua agar menjaga Habib dengan baik, maka Habib telah dikawal rapi oleh mereka sehinggalah dia meningkat dewasa. Malah Farisya juga sehingga kini tidak berkahwin kerana tanggungjawab terhadap adik-beradiknya amat besar.
Semenjak di bangku sekolah lagi, ramai pelajar yang tergila-gila dan cuba memikat Habib dan pasti mereka akan diberikan habuan kerana dianggap mengganggu adiknya biarpun mereka sekadar memberi senyuman. Habib benar-benar dijaga mengalahkan anak gadis. Lantaran itu, dia sering diejek oleh pelajar di sekolah dan semua cintanya tidak menjadi gara-gara gangguan kakak-kakaknya. Kepada Ucop, kawan baik Habib lah yang menjadi pendengar setia masalah Habib selama ini.
Selepas tamat SPM, Habib telah ditempatkan belajar di sebuah kolej swasta namun masih lagi di bawah pengawasan Fiona yang menuntut di kolej yang sama bersama-sama dengan Ucop. Setiap hari Habib akan pergi dan balik bersama Ucop dan Fiona. Masa Habib hanya terhad di kelas dan masa riadahnya bersama kawan-kawan turut disertai Fiona. Ucop diberi arahan supaya memantau Habib. Pada awalnya Habib seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut malah dia bersyukur kerana sentiasa berasa selamat di bawah jagaan kakaknya namun berlaku sebaliknya sejak kehadiran Cinta pelajar baru di kolej tersebut.
Cinta membuatkan Habib ingin mendekatinya biarpun dia mengetahui risiko yang bakal diterimanya. Namun kali ini, Habib nekad apabila dia mendapat tahu Ucop juga mahu merapati Cinta. Habib sanggup lakukan apa saja demi Cinta dan usahanya tidak sia-sia. Cinta juga jatuh hati pada Habib yang baginya merupakan seorang lelaki yang sangat memahami jiwa wanita. Hubungan mereka semakin erat apabila Cinta tinggal bersama emak saudaranya, Kak Eton yang merupakan jiran sebelah rumah Habib. Kerap kali mereka balik dari kolej bersama.
Habib dan Cinta mula keluar bersama, makan bersama di kolej, balik rumah bersama walaupun sekerat jalan saja kerana takut diketahui oleh kakak-kakaknya. Namun segalanya tidak bertahan lama apabila Fiona mula menghidu perhubungan mereka dan menghalang hubungan mereka. Namun Habib tetap keluar bersama Cinta dalam diam-diam dan sering ‘menipu’ kakak-kakaknya. Walau apapun Farisya dan Fiona tetap menghalang dan memarahi Cinta agar tidak bersama dengan Habib.
Dalam pada itu, Habib dan Ucop berusaha mencari teman kepada kakak-kakaknya. Pelbagai cara digunakan walau pada awalnya nampak amat mustahil kerana Habib kenal sangat dengan perangai kakak-kakaknya. Kak Eton pun turut berusaha mencari jodoh untuk Farisya.
Habib yang dikatakan merajuk, lari dari rumah kerana dihalang percintaan dengan Cinta akhirnya pulang ke rumah dengan karakter yang agak ‘lembut’ dan meyakinkan kakak-kakaknya agar tidak perlu risau lagi kerana dia sudah tidak berminat untuk bercinta dengan perempuan. Kelam kabut kakak-kakaknya melihat perubahan mendadak Habib. Habib sebenarnya buat-buat ‘lembut’ bagi menyedarkan kakak-kakaknya.
Akhirnya kakak-kakaknya sedar dan kedua-duanya berkahwin dengan lelaki-lelaki yang ‘dicari’ oleh Habib dan Kak Eton. Cinta dan Habib juga kembali ‘bercinta’.
Syatilla Melvin dan Syuk Balas
Syatilla Melvin dan Izzue Islam watak adik dan kakak
Syatilla Melvin dan Adrea Abdullah watak kakak
babak menarik
babak menarik Habib dikongkong kakaknya, Farisya dan Fiona
babak cinta
babak cinta antara Habib dan Cinta
babak 3 beradik
telemovie Ya Habibi

Farid Kamil Nafi Diana Danielle Sudah Berhijrah

Memang tidak dinafikan penghijrahan selebriti tempatan sentiasa mendapat respon positif dan tidak hairanlah jika beberapa gambar bertudung Diana Danielle memberi tanggapan bahawa beliau sudah berhijrah.
Namun Farid Kamil selaku suaminya telah menjelaskan yang isterinya itu mengenakan tudung untuk memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama berjudul ‘Perempuan Lindungan Kaabah’ selain sebuah lagi telefilem lain.
Farid Kamil Nafi Diana Danielle Sudah Berhijrah
“Dia memakai tudung adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya ketika berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah. Malah, baru-baru ini juga pun ada satu telefilem yang memerlukan dia memakai tudung. Namun buat masa ini, dia belum lagi bertudung sepenuhnya,” jelasnya.
Farid juga mengulas tentang sikap Diana yang sudah tidak cemburu seperti sebelum ini, “Tidak, dia sudah profesional sekarang. Dia faham, malah dia sendiri tidak sabar nak menunggu malam gala filem ini nanti untuk menonton bersama-sama filem ‘Anak Jantan‘ bersama saya.”
Sumber: myartis.my

Adik Neelofa Dikecam Kerana ‘Show Off’ Gambar Bercuti

Baru tadi kecoh sikit tentang Neelofa berbaring atas katil berharga RM1 juta, tiba-tiba naik pula nama adik Neelofa, Ameera kerana dikatakan sengaja mahu ‘showing off’ kekayaan mereka sekeluarga yang mampu untuk berada di tempat penginapan semewah itu.
Adik Neelofa Dikecam Kerana Show Off Gambar Bercuti
Namun gadis ini memilih untuk menjawab di laman Instagram beliau secara ringkas :
Adik Neelofa Dikecam Kerana Show Off Gambar Bercuti

Ringkas tetapi padat jawapan yang diberikan oleh Ameera. Malah, menerusi ruangan komen, ramai juga yang membela beliau dan sekaligus menyelar komen-komen negatif yang singgah di gambar-gambar gadis sunti ini. Tidak perlu dilayanlah kalau begini kan? Patutnya Ameera mengambil iktibar dari kakaknya, dengan tidak melayan komen-komen sebegini. Habis cerita.

Sumber: myartis my

Sharnaaz Ahmad Berkawan Rapat Dengan Anis Al-Idrus

Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu.
“Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab.”
Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu.
Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu.
anis (2)
Anis Al-Idrus
Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia terpikat dengan Anis apabila melihat sikap wanita itu yang lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.
“Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila ‘berkomplot’ membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya,” ujar Sharnaaz.
Dalam pada itu, ditanya adakah Sharnaaz mempunyai perancangan untuk melamar wanita itu, dia belum merancangnya lagi. Namun, Sharnaaz memberitahu, dia ingin melihat Anis lebih aktif di bidang lakonan memandangkan dia mempunyai bakat yang besar.
“Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk dengan penggambaran drama Kasih Dahlia bersama aktres Nelydia Senrose untuk siaran TV9 (slot Ratu) dan akan terlibat dengan penggambaran drama Suamiku Encik Sotong bawah produksi Global Station.
Sumber: budiey

Nad baru-baru ini telah pun putus cinta dengan Hefny Sahad.

Amboi, amboi, amboi. Pantas sungguh Azwan Kombos melahirkan kesudiannya untuk menerima kembali bekas kekasih, Nad Zainal. Seperti yang anda ketahui, Nad baru-baru ini telah pun putus cinta dengan Hefny Sahad. Nampaknya Azwan Kombos masih belum mampu melupakan Nad dan sudi untuk memadu cinta sekali lagi bersama pelakon comel tersebut. Iyerlah, bercinta dekat 5 tahun dulu, takkan boleh lupa sekelip mata kan?
nad zainal azwan kombos

Kata Azwan Kombos:-
Sewaktu bersama saya dahulu pun hubungan kami tidak berjaya dan hubungannya dengan kekasih baharu juga tidak ke mana. Mungkin dia masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai dengan dirinya.
Dia sudah ada orang lain ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu hubungannya dengan orang baharu. Apa pun, saya doakan dia bahagia. Jika suatu hari nanti masih ada ruang untuk kami bersama, siapa tahu…
azwan kombos
Buat Azwan Kombos, jangan berhenti berharap. Kalau sudah tertulis memang jodoh anda dengan Nad Zainal, pasti akan berkahwin jua. Sambil-sambil tue jangan lupa mesej-mesej Nad untuk tunjuk yang anda ambil berat. Untung-untung hati Nad Zainal akan terbuka untuk menerima anda kembali. Good luck and all the best. 
Sumber Sinar Harian.

(9 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan TMJ & Cik Khaleeda

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat.
Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.
tmj nikahSelepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.
Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.
Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.
Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi.
Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber gambar Twitter LuaskanKuasa, Berita Harian dan Internet.
Sumber: beautifulnara
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah

(7 GAMBAR)Wajah Si Kembar Anak Nurul Syuhada Nurul Ain

Nasib baik Abang Nara bangun awal dan buka TV3 hari ini. Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini, akhirnya wajah sepasang anak Nurul Syuhada Nurul Ain telah didedahkan kepada orang ramai. Comel sangat-sangat. Untuk makluman, Nurul Syuhada telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan pada hujung bulan September yang lalu. Seorang dilahirkan secara normal manakala seorang lagi secara pembedahan.
nurul syuhada nurul ain
Maaf kerana kualiti gambar agak kurang memberangsangkan. Ini semua salah TV3 sebab tak buat saluran HD. Hehehe. Seronok plak tengok Nurul Syuhada dapat anak kembar. Mesti tak menang tangan nak menjaga. Seorang bangun, seorang tidur. Seorang nak susu, seorang nak didukung. Hehehe. Abang Nara dapat bayangkan keseronokan dan keterujaan menjaga kembar.
nurul syuhada nurul ain
Nurul Syuhada akan bercuti selama 3,4 bulan untuk menjaga anak kembarnya ini. Semoga si comel 2 orang ini akan membesar dengan sihat sejahtera. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain
Sumber: beautifulnara
Powered by Blogger.